16 March 2026 1:36 pm

Kunjungan hormat ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin Suhaimee, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 10 Mac 2026.

Kunjungan hormat ini bertujuan memperkukuh hubungan strategik antara IIM dan JAKIM, khususnya dalam usaha memperluas pelaksanaan program serta inisiatif pembudayaan integriti berteraskan nilai dalam kalangan masyarakat.

Dalam pertemuan tersebut, pihak IIM telah membentangkan beberapa produk dan inisiatif yang berpotensi dilaksanakan melalui kerjasama strategik bersama JAKIM. Antaranya termasuk Modul Integriti Keluarga (MIKe), Modul Integriti Kanak-kanak (MIKa), Individual Integrity Profiling (IIP), Modul Integriti Penguat Kuasa (MIP) serta Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE).

Pihak JAKIM menyambut baik cadangan pelaksanaan inisiatif-inisiatif tersebut serta menyatakan kesediaan untuk menyokong usaha memperluaskan pembudayaan integriti dalam masyarakat. Dalam hal ini, JAKIM bersetuju membantu mengangkat cadangan pelaksanaan Modul Integriti Keluarga (MIKe) untuk pertimbangan di peringkat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) serta Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Islam, sebelum dibawa ke peringkat Majlis Raja-Raja.

Selain itu, pihak JAKIM turut mencadangkan agar Modul Integriti Kanak-kanak (MIKa) diperkenalkan di taska-taska di bawah seliaan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebagai sebahagian daripada usaha awal membina serta menyemai nilai integriti dalam kalangan kanak-kanak.

Dalam perbincangan yang sama, JAKIM turut menggalakkan IIM untuk memanfaatkan pelbagai platform media di bawah rangkaian JAKIM seperti TV AlHijrah dan Radio IKIM bagi menyampaikan mesej serta kempen kesedaran berkaitan integriti kepada masyarakat secara lebih meluas dan berkesan.

Kunjungan ini diharapkan dapat membuka ruang kerjasama yang lebih luas antara IIM dan JAKIM dalam memperkukuh agenda pembudayaan integriti nasional, selaras dengan aspirasi untuk membina masyarakat yang berteraskan nilai amanah, akauntabiliti dan tadbir urus yang baik.

Turut hadir mewakili pengurusan IIM dalam kunjungan hormat ini ialah Dr. Mona Othman, Ketua Pegawai Sektor Korporat; Encik Harisham Ibrahim, Ketua Pegawai Sektor Operasi; serta Puan Norasikin Baharudin, Ketua Pegawai Sektor Strategi (T).

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 220
JUMLAH PELAWAT : 420331

Pengiktirafan

Hubungi

© 2025 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 16 March 2026

Skip to content