11 March 2026 7:46 pm

Institut Integriti Malaysia (IIM) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperkukuh kerjasama strategik dalam pelaksanaan Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE)

Institut Integriti Malaysia (IIM) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memperkukuh kerjasama strategik dalam usaha memperkasa integriti, tadbir urus dan pencegahan rasuah khususnya di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Komitmen tersebut dizahirkan menerusi kunjungan hormat Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IIM, YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim ke atas Ketua Setiausaha KPKT, YBhg. Datuk Wira Dr. M Noor Azman bin Taib pada 9 Mac 2026

Pertemuan ini turut membincangkan pelaksanaan Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE) serta Program Community Integrity Building (CIB) yang akan dilaksanakan di peringkat PBT.

SPINE merupakan inisiatif yang dibangunkan oleh IIM bagi memperkukuh integriti, tadbir urus serta usaha pencegahan rasuah dalam sektor awam. Pelaksanaannya di PBT turut selaras dengan penekanan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) agar semua agensi penguatkuasaan melaksanakan sistem pengurusan integriti secara menyeluruh dan berkesan.

Dalam masa sama, Program Community Integrity Building (CIB) memberi fokus kepada penglibatan komuniti dalam menangani isu setempat seperti pengurusan sampah, penyelenggaraan longkang, lampu jalan dan pemotongan rumput yang dilaksanakan oleh kontraktor PBT. Program ini telah dilaksanakan dengan baik di negeri Sarawak dan kini sedang diperluaskan ke beberapa PBT lain di seluruh negara.

Melalui kerjasama ini, kedua-dua pihak berharap usaha memperkukuh budaya integriti, ketelusan dan tadbir urus baik dalam perkhidmatan awam khususnya di peringkat kerajaan tempatan dapat dipertingkatkan.

Turut hadir Ketua Pegawai Sektor Operasi IIM, En. Harisham Ibrahim; Pengarah Bahagian Penyelidikan, Pn. Norasikin Baharudin; Pengarah Pusat Pembangunan Integriti Komuniti, Pn. Zarina Mohamad Amin dan Pengarah Pusat Integriti Sektor Awam, Encik Zubayry Abady Sofian.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 338
JUMLAH PELAWAT : 419320

Pengiktirafan

Hubungi

© 2025 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 11 March 2026

Skip to content