3 March 2026 4:33 pm

Kunjungan hormat ke Akademi Sains Malaysia (ASM)

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan sesi kunjungan hormat dan perbincangan kerjasama strategik bersama Akademi Sains Malaysia (ASM) bagi mengukuhkan jaringan kerjasama antara kedua-dua institusi dalam memperkasa agenda integriti nasional.

Sesi ini membuka ruang pertukaran pandangan berkaitan potensi kolaborasi strategik, khususnya melalui sumbangan kepakaran ASM dalam pembangunan kandungan akademik dan inisiatif berteraskan ilmu.

Delegasi IIM diketuai oleh YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IIM, bersama YBrs. Dr. Mona binti Othman, Ketua Pegawai Sektor Korporat IIM. Delegasi IIM telah disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Sains Malaysia, YBrs. Puan Hazami Habib.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 364
JUMLAH PELAWAT : 416639

Pengiktirafan

Hubungi

© 2025 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 3 March 2026

Skip to content