3 March 2026 4:07 pm

Lawatan penanda aras daripada Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC)

Institut Integriti Malaysia (IIM) berbesar hati menerima lawatan penanda aras daripada Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) pada 10 Februari 2026 (Selasa), bertempat di Dewan Murni, Menara Integriti.

Delegasi PDC telah diketuai oleh YBrs. Tuan Sr. Roslan bin Hassan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) PDC. Turut hadir mewakili IIM dalam sesi ini ialah YBrs. Encik Harisham bin Ibrahim, Ketua Pegawai Sektor Operasi; Puan Alice Suriati binti Mazlan, Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik dan Bitara; serta Encik Mohd Rais bin Ramli, Pengarah Pusat Integriti Sektor Perniagaan.

Sesi lawatan ini bertujuan untuk memperkukuh jalinan kerjasama serta perkongsian strategik berkaitan pemantapan integriti dalam sektor korporat melalui pengisian yang komprehensif. Antara pengisian utama program termasuklah Sesi Perkongsian SPINE yang disampaikan oleh YBrs. Encik Harisham bin Ibrahim serta Sesi Perkongsian CISM yang dikendalikan oleh Encik Mohd Rais bin Ramli.

IIM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga kerja Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang hadir atas komitmen dan kesungguhan dalam menyemarakkan agenda integriti nasional.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 357
JUMLAH PELAWAT : 416632

Pengiktirafan

Hubungi

© 2025 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 3 March 2026

Skip to content