8 February 2026 8:55 am

Kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM)

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM), YBrs. Dr. Mohd Azam bin Ahmad pada 3 Februari 2026 di Putrajaya. Kunjungan hormat ini bagi mengukuhkan hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.

Perbincangan memberi fokus kepada pendidikan awal kanak-kanak melalui usaha pembinaan karakter berintegriti. Ini adalah selaras dengan inisiatif IIM dalam membangunkan Modul Integriti Kanak-kanak (MIKa) yang memberi penekanan kepada pembentukan tingkah laku berintegriti dalam kalangan kanak-kanak.

Delegasi dari IIM diketuai oleh YBrs. Dr. Mona binti Othman, Ketua Pegawai Sektor Korporat menjalankan tugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif diiringi oleh YBrs. Encik Harisham bin Ibrahim, Ketua Pegawai Sektor Operasi bersama pegawai-pegawai IIM. Perbincangan turut disertai oleh YBhg. Dato Amzan Bin Abd Malek,Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Pembangunan Professionalisme).

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 5
JUMLAH PELAWAT : 409076

Pengiktirafan

Hubungi

© 2025 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 8 February 2026

Skip to content