30 January 2026 1:30 pm

Majlis Presidential Address 2026 anjuran Sarawak Economic Development Corporation (SEDC)

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menghadiri Majlis Presidential Address 2026 anjuran Sarawak Economic Development Corporation (SEDC) pada 27 Januari 2026. Amanat Presiden (Presidential Address) 2026 telah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Datuk Amar (Dr.) Haji Abdul Aziz bin Dato’ Haji Husain, Pengerusi SEDC.

Kemuncak majlis adalah Acara Penyerahan Sijil Corporate Integrity System Malaysia (CISM) melibatkan enam (6) anak syarikat SEDC yang telah berjaya memperoleh pensijilan tersebut. IIM telah diwakili oleh Puan Wan Nooraine Husin dan Puan Shafinas Daud dari Pusat Integriti Sektor Perniagaan (PISP). Pensijilan CISM ini mencerminkan komitmen berterusan SEDC dalam memperkukuh tadbir urus, integriti dan pengurusan antirasuah.

Turut hadir di majlis ini adalah YBrs. Puan Hajah Rakayah Hamdan, Pengurus Besar SEDC, barisan kepimpinan tertinggi, pengurusan SEDC dan anak-anak syarikat SEDC.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 198
JUMLAH PELAWAT : 406325

Pengiktirafan

Hubungi

© 2025 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 30 January 2026

Skip to content