YDH Datuk Ts. Ahmad Ramdzan bin Daud, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM), telah dijemput sebagai penceramah bagi sesi “Isu-isu Integriti di Perwakilan” sempena Kursus Pra-Penempatan untuk Pegawai-pegawai Home-Based serta Pasangan yang berlangsung pada 12 November 2025 bertempat di Auditorium Tun Abdul Razak, Kementerian Luar Negeri.
Melalui sesi ini, para peserta diberi pendedahan tentang kepentingan memelihara integriti dan etika kerja ketika menjalankan tanggungjawab di luar negara. Penekanan turut diberikan terhadap nilai amanah, disiplin serta ketelusan dalam setiap tindakan, agar pegawai kerajaan sentiasa membawa imej Malaysia yang berintegriti, profesional dan disegani di peringkat antarabangsa.





