3 February 2026 12:35 am

Kunjungan hormat Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)

Institut Integriti Malaysia (IIM) berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) pada hari ini, 11 November 2025 (Selasa), bertempat di Dewan Murni, Menara Integriti.

Sesi lawatan ini memberi peluang kepada pihak IIM untuk berkongsi mengenai fungsi, inisiatif dan peranan strategik IIM dalam memperkukuh agenda integriti dan tadbir urus baik di Malaysia. Perkongsian turut menyentuh tentang kepentingan membudayakan nilai integriti dalam organisasi dan masyarakat secara menyeluruh.

Turut hadir dalam sesi ini ialah YBrs. Dr. Mona binti Othman, Ketua Pegawai Sektor Korporat; YBrs. Encik Harisham bin Ibrahim, Ketua Pegawai Sektor Operasi; serta YBrs. Puan Alice Suriati binti Mazlan, Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik dan Bitara.

Terima kasih kepada pihak JPNIN atas kunjungan dan minat yang tinggi dalam memperkukuh sinergi bersama IIM demi memperkasa nilai integriti dan perpaduan negara.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 5
JUMLAH PELAWAT : 407004

Pengiktirafan

Hubungi

© 2025 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 3 February 2026

Skip to content