Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan Bengkel Pelan Tindakan bagi Pembangunan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) bersama Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC) pada 4-5 November bertempat di ibu Pejabat MHTC, Kuala Lumpur.
Bengkel ini telah dihadiri oleh peserta merangkap Jawatankuasa Pembangunan OACP mewakili setiap bahagian di MHTC.
Peserta telah menunjukkan kefahaman yang baik berkaitan pelan tindakan OACP. Peserta juga berjaya menentukan skop dan melakukan pemetaan rancangan tindakan mengikut strategi dan substrategi yang bersesuaian. 5 strategi dicadangkan iaitu, Pelancongan Kesihatan, Tadbir Urus, Kawal selia, Akauntabiliti dan Pembudayaan Integriti. Hasil dapatan daripada bengkel ini akan dimuktamadkan dalam Bengkel Pemurnian yang akan datang.
Bengkel ini dikendalikan oleh Puan Shafinas Daud dan Puan Wan Nabilah Meor Mohd Jamil, Konsultan Pusat Integriti Sektor Perniagaan (PISP), Institut Integriti Malaysia (IIM).





