5 November 2025 7:07 pm

Kunjungan hormat ke atas Yang Berhormat Dato’ Rahimi Bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

YDH Datuk Ts. Ahmad Ramdzan Bin Daud, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IIM telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Berhormat Dato’ Rahimi Bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

Antara cadangan kerjasama antara IIM dan Kerajaan Negeri Perlis untuk dilaksanakan adalah Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE). Yang Berhormat Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah memberikan komitmen untuk SPINE dilaksanakan secara menyeluruh kepada semua agensi di bawah SUK serta melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Perlis.

IIM juga telah memperkenalkan Modul Integriti Kanak-Kanak (MIKa), Strategi Pembudayaan Integriti Nasional (NIES) serta Individual Integrity Profiling (IIP).

Inisatif-inisiatif yang dilaksanakan oleh IIM telah menarik minat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis untuk diadaptasi dan diperluaskan dalam perkidmatan di Kerajaan Negeri Perlis.

Turut hadir dalam perbincangan ini adalah En. Rusdi Bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) dan Norazlinda Binti Ali, Ketua Unit Integriti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

IIM turut diwakili oleh En. Fison Hamdi Ahmad, Pengarah Pusat Pembangunan Integriti Insan dan Budaya (PPIIB).

Kunjungan hormat ini telah membuka jalan kepada kedua-dua pihak untuk kerjasama yang lebih erat dan berterusan dimasa akan datang.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 880
JUMLAH PELAWAT : 377648

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 5 November 2025

Skip to content