8 December 2025 10:11 am

Sesi libat urus dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkaitan pelaksanaan Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE)

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan sesi libat urus dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkaitan pelaksanaan Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE) pada 30 Oktober 2025 di Ibu pejabat JPA, Putrajaya.

Pelaksanaan SPINE merupakan sebahagian daripada komitmen kerajaan untuk memperkukuh sistem integriti dan tatakelola sektor awam secara menyeluruh. Inisiatif ini dilihat seiring dengan usaha reformasi tatakelola yang sedang digerakkan di peringkat nasional dan negeri.

Sistem SPINE ini adalah bertujuan untuk menilai tahap integriti dan tatakelola semasa di JPA serta mengenal pasti jurang dan peluang untuk penambahbaikan lanjut. Sesi perbincangan ini adalah langkah awal JPA dalam familiarisasi mengenai SPINE bagi memastikan keperluan dan persediaan rapi telah dilaksanakan sebelum peringkat penilaian bagi pensijilan SPINE.

Deligasi IIM diketuai oleh YBrs. En. Harisham bin Ibrahim, Ketua Pegawai Sektor Operasi IIM, manakala pihak JPA pula diketuai oleh YBrs. En. Mohd. Fairuz Azizi bin Abdullah, Ketua Unit Integriti JPA. Turut hadir ialah En Zubayry Abady bin Sofian, Pengarah Pusat Integriti Sektor Awam IIM serta pegawai Unit Integriti JPA.

Dalam sesi taklimat yang disampaikan oleh Encik Zubayry Abady bin Sofian, Pengarah Pusat Integriti Sektor Awam IIM, beliau telah menghuraikan komponen utama, kaedah pelaksanaan serta potensi integrasi SPINE dalam ekosistem pentadbiran Kerajaan, khususnya di JPA.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 67
JUMLAH PELAWAT : 391000

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 8 December 2025

Skip to content