12 June 2026 8:28 pm

Jawatan Kosong

Institut integriti malaysia


Anda berminat bekerja bersama komuniti dan ingin menjadi sebahagian daripada usaha
membina masyarakat yang lebih berintegriti?


Pusat Pembangunan Integriti Komuniti (PPIK) sedang mencari individu yang bersemangat,
proaktif dan komited untuk menyertai pasukan pelaksana Program Community Integrity Building
(CIB) DBKL 2026 sebagai Koordinator CIB di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.


Sebagai Koordinator CIB, anda bukan sekadar mengurus program, malah berpeluang terlibat
secara langsung dalam usaha memperkukuh integriti komuniti, meningkatkan kerjasama antara
agensi dan masyarakat serta membantu membangunkan penyelesaian terhadap isu-isu
setempat melalui pendekatan libat urus komuniti yang berimpak tinggi.


Apa yang Kami Cari?
• Bersemangat dalam kerja-kerja komuniti dan pembangunan sosial.
• Mempunyai kemahiran komunikasi dan penyelarasan yang baik.
• Berkebolehan mengurus data, laporan dan dokumentasi program.
• Mampu bekerja secara lapangan dan berinteraksi dengan pelbagai pihak
berkepentingan.
• Mempunyai kemahiran Microsoft Office dan nilai tambah bagi calon yang menguasai
Microsoft Power BI.


Mengapa Sertai Kami?
• Pengalaman bekerja bersama komuniti dan pemimpin masyarakat.
• Peluang terlibat dalam program pembangunan integriti peringkat bandar.
• Pendedahan kepada pengurusan projek, analisis data dan tadbir urus komuniti.
• Membangunkan kemahiran profesional dalam penyelarasan program berimpak tinggi.


Maklumat Jawatan:
• Lokasi Tugasan: Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur
• Tempoh Kontrak: 6 Bulan
• Tarikh Tutup Permohonan: 19 Jun 2026


Maklumat Lanjut: (Emel: [email protected])
En. Noranizam (012-8743985) 
En. Muhammad Afiq Zharfan (014-8324435)


✓ Jadilah sebahagian daripada pasukan yang membantu membina komuniti
berintegriti, berdaya tahan dan mampan. Hantar permohonan anda sekarang dan
bersama-sama kita membawa perubahan yang memberi manfaat kepada
masyarakat.

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 279
JUMLAH PELAWAT : 448082

Pengiktirafan

Hubungi

© 2025 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 12 June 2026

Skip to content