22 Julai 2024 4:34 am

Ceramah bertajuk Kepentingan Integriti Dalam Kepimpinan anjuran Institut Kemajuan Desa (INFRA)

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menyampaikan ceramah bertajuk Kepentingan Integriti Dalam Kepimpinan anjuran Institut Kemajuan Desa (INFRA) pada 15 Mei 2024 bertempat di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Ceramah tersebut merupakan program pendedahan dan kefahaman berkenaan dengan konsep serta pembudayaan nilai etika dan integriti di kalangan kepimpinan akar umbi yang menganggotai Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).

Sesi yang telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah, Pusat Pembangunan Integriti Komuniti IIM, En. Meor Shahram Faiz bin Mieor Shariman ini telah dihadiri oleh para barisan Pengerusi dan Setiausaha sekitar daerah di Negeri Sembilan.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 2
JUMLAH PELAWAT : 177122

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 22 Julai 2024

Skip to content