9 September 2026 8:30 pm

IIM MELAHIRKAN PEGAWAI YANG KOMPETEN DALAM PENILAIAN INTEGRITI MELALUI PENSIJILAN KOMPETENSI PROFIL INTEGRITI INDIVIDU (IIP )

Institut Integriti Malaysia (IIM) terus melangkah ke hadapan dengan melahirkan barisan pakar penilaian integriti yang kompeten menerusi Program Pensijilan Ujian Profil Integriti Individu (Individual Integrity Profile – IIP).

Program dua hari yang berlangsung pada 3 hingga 4 September 2026 ini dilaksanakan dengan kerjasama strategik Global Psytech Sdn. Bhd..

Pada program pensijilan ini, para peserta dibekalkan dengan kepakaran khusus untuk menguasai Profil Integriti Individu (IIP) iaitu instrumen penilaian psikometrik integrity individu di tempat kerja. Pegawai-pegawai yang kompeten ini kini berkeupayaan menilai kecenderungan etika kerja, kebolehpercayaan, kebergantungan serta tingkah laku berintegriti warga kerja secara saintifik dan tepat.

Sepanjang program, peserta dilatih dan dinilai secara mendalam dari pelbagai aspek pengurusan dan penilaian integriti di tempat kerja dalam sesebuah organisasi yang merangkumi:

• Pemilihan dan Pengambilan Pekerja: Mengenal pasti bakat berintegriti seawal proses pengambilan dan penempatan.
• Analisis Psikometrik IIP: Memahami implikasi tingkah laku dan ciri individu bagi mengatasi risiko tingkah laku kerja tidak beretika di tempat kerja.
• Pembelajaran dan Pembangunan berterusan: Memanfaatkan hasil analisis untuk perancangan pelan penggantian ( succession planning ), pemantauan, kenaikan pangkat dan penggiliran kerja dalam sesebuah organisasi.

Program pensijilan ini turut disertai oleh YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IIM, Puan Eizan Azura binti Zainudin, Ketua Pegawai Strategi serta pegawai dan konsultan IIM. Penglibatan kepimpinan tertinggi dan pegawai daripada pelbagai latar belakang ini membuktikan komitmen padu IIM dalam memperkasakan kompetensi dalaman berasaskan pendekatan psikometrik yang berkredibiliti dan terkini.

Maka, dengan lahirnya pegawai-pegawai yang kompeten dalam penilaian integriti ini, IIM bersedia menyokong organisasi dalam membina budaya kerja yang beretika dan berprestasi tinggi.

Integriti yang kukuh bermula daripada pemahaman nilai integriti terhadap individu. Pemahaman yang tepat membentuk tindakan yang lebih baik, seterusnya memperkukuh budaya integriti di tempat kerja.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 354
JUMLAH PELAWAT : 483485

Diperakui

Hubungi

© 2026 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 9 September 2026

Skip to content