9 September 2026 8:38 pm

SESI PENILAIAN LAPANGAN SISTEM PENGURUSAN INTEGRITI DAN GOVERNANS (SPINE) BANTU MANTAPKAN LAGI INTEGRITI DAN TADBIR URUS JABATAN PENJARA MALAYSIA

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah selesai melaksanakan Sesi Penilaian Lapangan Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE) bagi Jabatan Penjara Masyarakat pada 26 Ogos 2026, bertempat di ibu pejabat Jabatan Penjara Malaysia, Kajang.

YBrs. PKK Sharil bin Basir, Ketua Unit Integriti, Jabatan Penjara Malaysia telah memulakan sesi dengan majlis pembukaan, yang turut dihadiri oleh Ketua-ketua Bahagian. Beliau menegaskan Jabatan Penjara Malaysia sentiasa berusaha menerapkan nilai-nilai etika dan integriti yang tinggi dan telus sebagai budaya kerja seharian.

Kerjasama penuh daripada para pegawai penyelaras SPINE sangat membantu dalam melancarkan lagi sesi penilaian ini. Dokumen-dokumen sokongan yang disusun kemas berdasarkan elemen-elemen di dalam sistem SPINE serta sesi temubual dengan beberapa pegawai terlibat juga telah dijawab dengan telus. Ini memberi peluang kepada para konsultan untuk membantu pihak Jabatan Penjara Malaysia melaksanakan penambahbaikan bagi elemen-elemen tersebut. Adalah diharapkan penambahbaikan yang dicadangkan akan dilaksanakan oleh pihak Jabatan Penjara Malaysia dalam membantu meningkatkan lagi integriti dan tadbir urus yang baik di pihak agensi.

Sesi penilaian ini diketuai oleh Encik Meor Shahram Faiz bin Mieor Shariman dan dibantu oleh Encik Nur Imran bin Mohd Shaili dan Puan Fara Hasda binti Suhaimi, Konsultan Pusat Integriti Sektor Perniagaan dan Awam (PISPA), IIM.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 354
JUMLAH PELAWAT : 483485

Diperakui

Hubungi

© 2026 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 9 September 2026

Skip to content