9 October 2025 3:23 am

Ikrar Integriti Malaysia

Institut integriti malaysia

Bahawasanya kami komited dengan tanggungjawab untuk memimpin melalui teladan dan berazam untuk mengamal serta mengekalkan standard tertinggi nilai integriti dalam setiap perancangan dan tindakan bagi memastikan bahawa kami bebas daripada amalan tidak berintegriti dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Oleh itu, kami berjanji bahawa:

  • Kami akan menggalakkan amalan yang beretika dan memupuk budaya berintegriti;
  • Kami komited kepada tata kelola yang baik berdasarkan ketelusan, akauntabiliti dan keadilan;
  • Kami akan mematuhi undang-undang, peraturan dan mekanisme pematuhan yang berkaitan integriti, tata kelola dan antirasuah dalam organisasi dan negara;
  • Kami akan sentiasa menyokong segala usaha untuk membudayakan integrity serta akan menolak dan tidak akan menawar atau menerima rasuah; dan
  • Kami akan melindungi hak dan kepentingan pihak berkepentingan serta masyarakat secara amnya dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab kami sebagai rakyat Malaysia MADANI.

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 42
JUMLAH PELAWAT : 359714

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 9 October 2025

Skip to content