27 July 2024 11:25 pm

Sesi Libat Urus bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan Sesi Libat Urus bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada 27 Mac 2024 bertempat di Ibu Pejabat MOSTI.

Tujuan sesi ini diadakan adalah bagi berkongsi mengenai Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA), produk dan perkhidmatan yang dibangunkan IIM dan kerjasama lain yang boleh dilaksanakan antara kedua pihak dalam meningkatkan pembudayaan nilai integriti dan tatakelola baik Negara.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Ooli Gunalan a/l Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) MOSTI dan IIM telah diketuai oleh Encik Mohd Rais bin Ramli, Pengarah Pusat Integriti Sektor Perniagaan, IIM. Sesi ini turut dihadiri wakil daripada agensi dibawah MOSTI antaranya Jabatan Tenaga Atom Malaysia (ATOM), Nuklear Malaysia dan Jabatan Kimia Malaysia.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Latest News

  • All Post
  • News

Social Media

TODAY'S TOTAL : 58
NUMBER OF VISITORS : 179041

Recognition

Contact

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 27 July 2024

Skip to content