𝗦𝗘𝗦𝗜 𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗜𝗡𝗦𝗧𝗜𝗧𝗨𝗧 𝗜𝗡𝗧𝗘𝗚𝗥𝗜𝗧𝗜 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 (𝗜𝗜𝗠) 𝗞𝗘 𝗟𝗧𝗔𝗧
Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan sesi kunjungan hormat dan lawatan kerja ke Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) pada 09 Mei 2025.
Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan strategik serta memperluas kerjasama dalam bidang integriti dan tadbir urus.
Perbincangan juga diadakan bagi penyertaan LTAT dalam Corporate Integrity Management System (CISM). LTAT akan
memastikan sekurang-kurangnya 20 agensi di bawahnya turut melaksanakan sistem ini.
Empat agenda utama lain yang dibincangkan adalah:
1. Kerjasama Strategik LTAT-IIM
2. Pembangunan Modal Insan
3. Cadangan Pemeterian MoU
4. Sambutan Hari Integriti 2025
Kunjungan hormat dan sesi libat urus ini telah dihadiri oleh Ketua Eksekutif LTAT, Encik Mohammad Ashraf Md. Radzi, Ketua Pegawai Kewangan Encik Haizad Rizal A. Aziz, dan barisan pengurusan kanan LTAT.
Delegasi IIM diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Haji Abdul Rahman bin Mohd Din, Pengarah Pusat Integriti Sektor Perniagaan (PISP), En Mohd Rais Bin Ramli, Konsultan PISP, Puan Shafinas Daud dan Pn Wan Nabilah Meor Mohd Jamil.
IIM menghargai keterbukaan dan komitmen LTAT dalam menjadikan integriti sebagai teras pengurusan serta berharap kerjasama ini dapat menjadi pemangkin kerjasama dalam pembudayaan integriti secara meluas.