Official Portal

THE MALAYSIAN INSTITUTE OF INTEGRITY

Calendar

Facebook Feeds

Institut Integriti Malaysia
The Malaysian Institute Of Integrity13 hours ago
𝗦𝗼𝘂𝘁𝗵𝗲𝗮𝘀𝘁 𝗔𝘀𝗶𝗮 𝗔𝗻𝘁𝗶-𝗖𝗼𝗿𝗿𝘂𝗽𝘁𝗶𝗼𝗻 𝗖𝗼𝗻𝗳𝗲𝗿𝗲𝗻𝗰𝗲: 𝗥𝗲𝗰𝗮𝗹𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗝𝗮𝗸𝗮𝗿𝘁𝗮 𝗦𝘁𝗮𝘁𝗲𝗺𝗲𝗻𝘁

IIM dengan kerjasama SEA Action, SPRM, NFCC, Rasuah Busters dan UNODC telah menganjurkan South East Asia Anti-Corruption Conference: Recalling Jakarta Statement betempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 29 April 2025. Persidangan ini telah dihadiri oleh wakil-wakil agensi anti-rasuah dari seluruh ASEAN, bersama wakil media, NGO dan pengamal antirasuah antarabangsa.

Persidangan bertemakan ‘Recalling Jakarta Statement’ ini merujuk kepada dokumen penting yang diperkenalkan 13 tahun lalu bagi menegakkan prinsip dan kebebasan agensi anti-rasuah di rantau ini. Pernyataan Jakarta, pertama kali diterima pakai di Jakarta, Indonesia, hasil daripada persidangan yang diadakan pada 26 hingga 27 November 2012.

Hasil dari persidangan ini, 16 prinsip utama telah digariskan di bawah Pernyataan Jakarta yang bertujuan untuk memperkukuh kebebasan, kuasa dan keberkesanan operasi agensi-agensi anti-rasuah negara yang menyertainya. Antara prinsip yang digariskan termasuk keperluan mandat yang jelas bagi agensi anti-rasuah untuk memerangi rasuah, keperluan kerjasama antara agensi, dan jaminan dari segi kedudukan undang-undang agensi tersebut dalam rangka kerja negara masing-masing. Ia turut merangkumi panduan mengenai pelantikan ketua agensi, peruntukan sumber yang mencukupi serta kepentingan pelaporan awam yang telus mengenai operasi dan pencapaian mereka.

Persidangan ini merupakan platform penting bagi para peserta menilai pelaksanaan 16 Prinsip Pernyataan Jakarta Mengenai Agensi Anti-Rasuah. serta memperkukuh kerjasama serantau melalui perkongsian ilmu, bertukar pengalaman serta saling belajar daripada amalan terbaik dalam memerangi rasuah di negara masing-masing. Malaysia, melalui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), telah melaksanakan pelbagai inisiatif yang boleh dijadikan penanda aras. Pada masa yang sama, kita juga boleh mempelajari kejayaan agensi seperti Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) Singapura dan Suruhanjaya Anti-Rasuah Kebangsaan (NACC) Thailand.

Persidangan ini berakhir dengan pengumuman satu deklarasi yang melambangkan ikrar dan komitmen bersama baharu dalam kalangan negara-negara ASEAN untuk mempertingkat usaha memerangi rasuah di rantau ini.

Turut hadir adalah wakil dari Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) dari Hong Kong serta pengamal anti-rasuah yang pernah berkhidmat di Akademi Anti-Rasuah Antarabangsa di Austria.

******************************

𝗦𝗼𝘂𝘁𝗵𝗲𝗮𝘀𝘁 𝗔𝘀𝗶𝗮 𝗔𝗻𝘁𝗶-𝗖𝗼𝗿𝗿𝘂𝗽𝘁𝗶𝗼𝗻 𝗖𝗼𝗻𝗳𝗲𝗿𝗲𝗻𝗰𝗲: 𝗥𝗲𝗰𝗮𝗹𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗝𝗮𝗸𝗮𝗿𝘁𝗮 𝗦𝘁𝗮𝘁𝗲𝗺𝗲𝗻𝘁

On 29 April 2025, the Malaysian Institute of Integrity (IIM), in collaboration with SEA Action, the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC), the National Financial Crime Centre (NFCC), Rasuah Busters, and the United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC), successfully hosted the South East Asia Anti-Corruption Conference: Recalling Jakarta Statement at the Putrajaya International Convention Centre (PICC).

The conference brought together anti-corruption agencies from across ASEAN, along with representatives from media, civil society organisations (NGOs), and international anti-corruption practitioners.

Centered on the theme ‘Recalling Jakarta Statement’, the conference revisited a key regional framework introduced 13 years ago to uphold the independence and core principles of anti-corruption agencies. The Jakarta Statement was first adopted in Jakarta, Indonesia, during a high-level meeting held from 26–27 November 2012.

This landmark document outlined 16 key principles to strengthen the independence, mandate, and operational effectiveness of anti-corruption agencies across Southeast Asia. These principles include the need for a clear legal mandate, inter-agency cooperation, legal safeguards, merit-based leadership appointments, adequate resources, and transparent public reporting.

The conference served as an important platform for participants to assess the implementation of these 16 principles, while enhancing regional collaboration through knowledge exchange, shared experiences, and best practices. Malaysia, through MACC, has introduced several benchmark initiatives, while also drawing lessons from the successes of institutions such as Singapore’s Corrupt Practices Investigation Bureau (CPIB) and Thailand’s National Anti-Corruption Commission (NACC).

The conference concluded with the announcement of a declaration reaffirming a renewed and collective commitment among ASEAN nations to intensify efforts in combating corruption throughout the region.

Also in attendance were representatives from the United Nations Development Programme (UNDP), the Independent Commission Against Corruption (ICAC) of Hong Kong, and former practitioners of the International Anti-Corruption Academy (IACA), Austria.
Institut Integriti Malaysia
The Malaysian Institute Of Integrity17 hours ago
When this happens, it’s usually because the owner only shared it with a small group of people, changed who can see it or it’s been deleted.
Institut Integriti Malaysia
The Malaysian Institute Of Integrity17 hours ago
𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗢𝗦𝗢𝗡𝗚

Institut Integriti Malaysia (IIM) sedang mencari calon yang sesuai untuk mengisi jawatan 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗼𝗻𝗲𝗹 𝗠𝗬𝗦𝗧𝗘𝗣 (𝗕𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮𝗻 𝗞𝗼𝗺𝘂𝗻𝗶𝗸𝗮𝘀𝗶 𝗦𝘁𝗿𝗮𝘁𝗲𝗴𝗶𝗸 𝗱𝗮𝗻 𝗕𝗶𝘁𝗮𝗿𝗮).

Jika anda berminat untuk berkhidmat di Bahagian Komunikasi dan Bitara (BKSB) bagi membantu IIM memperkukuh integriti serta tata kelola negara, inilah peluang anda.

Permohonan boleh dibuat melalui:
📧 Emel
[email protected] (Bahagian Modal Insan)

📥 Portal
www.myfuturejobs.gov.my (MYFutureJobs)
www.linkedin.com (LinkedIn Jobs)

🗓️ Tarikh Tutup Permohonan:
4 Mei 2025 (Ahad)

Layari www.iim.gov.my/jawatan-kosong untuk maklumat lanjut.

#KomitedMembudayakanIntegriti
#InstitutIntegritiMalaysia

Notis & Pemakluman

Multiple Choice Products

Products in the Malaysian Institute of Integrity

The Training module of Section 17A of the MACC Act 2009 and Procedures Sufficient

Integrity Assessment Tool (IAT)

Ethics and Integrity Training Programme (E&I)

Course module Comprehensive System Integrity of Corporate Malaysia (CISM)

Pembangunan Integriti Bersama Komuniti

Do The Right Thing (DTRT)

Individual Integrity Profile (IIP)

The Organizational Anti-Corruption Plan (OACP)

Module Integrity Enforcement (MIP)

Kursus Penilaian Risiko Rasuah (CRA)

Anti-Bribery Management System (ABMS)

Social Media

TODAY'S TOTAL : 12
NUMBER OF VISITORS : 281591

Recognition

Contact

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 1 May 2025

Skip to content