20 March 2025 6:10 am

Official Portal

THE MALAYSIAN INSTITUTE OF INTEGRITY

Calendar

Facebook Feeds

Institut Integriti Malaysia
The Malaysian Institute Of Integrity19 hours ago
Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan Sesi Semakan dan Konsultasi Lapangan bagi Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE) di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 12 Mac 2025. DBKL menjadi agensi pertama yang melaksanakan semakan ini. İni merupakan komitmen mereka dalam memperkukuh sistem integriti dan governans organisasi.

Sesi ini bertujuan untuk menilai ketepatan dan keberkesanan penilaian kendiri yang telah dilaksanakan oleh DBKL sebelum ini. Proses semakan meliputi tujuh elemen utama, termasuk standard nilai dan integriti, pengurusan risiko, polisi serta prosedur, aduan dan siasatan, pencegahan, latihan serta kesedaran, dan pemantauan, penilaian serta penambahbaikan. Pada masa yang sama, sistem dan instrumen penilaian turut diuji bagi memastikan ia berfungsi dengan baik berdasarkan dapatan daripada dua bengkel rintis terdahulu. Maklum balas daripada sesi ini akan digunakan untuk memperkemas pelaksanaan SPINE sebelum diperluaskan ke agensi lain.

Bagi sesi ini, delegasi IIM diwakili oleh Muhammad Khairul Azmir Mohd Paiz dan Nur Atia Shahirah Mustapha sebagai konsultan, serta Nur Imran Mohd Shaili dan Nabil Eiman Azman sebagai pemerhati. Manakala tuan rumah DBKL diwakili Zuhaidah Salleh, Ketua Bahagian Pencegahan; Zalina Ahmad Hanidee, Ketua Bahagian Pengukuhan; Mohammad bin Hamid, Ketua Bahagian Operasi; Nor Mahadi Joned, Ketua Unit Pematuhan; Mohd Shukri Rohim, Ketua Unit Tadbir Urus; dan Nurul Nadiah Abd Rashid, Ketua Unit Aduan.

IIM komited untuk memastikan SPINE menjadi pemacu utama dalam membudayakan integriti di sektor awam. Sebagai sistem pengurusan yang lebih mudah dan kos efektif berbanding MS ISO 37001:2016, SPINE membantu agensi kerajaan mengurus isu integriti dan tadbir urus dengan lebih berkesan. Inisiatif ini juga menyokong Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) serta aspirasi negara untuk mencapai kedudukan 25 teratas dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) menjelang 2033.

#InstitutIntegritiMalaysia
#KomitedMembudayakanIntegriti
Institut Integriti Malaysia
The Malaysian Institute Of Integrity19 hours ago
Institut Integriti Malaysia (IIM) menyampaikan ceramah kepada Jabatan Agama Islam Sarawak(JAIS) bertajuk “Mewujudkan Organisasi Berintegriti” dan “Integriti Dalam Perkhidmatan Awam” di Sibu pada 13 dan 14 Mac 2025. Sesi ceramah ini telah dihadiri oleh Kumpulan Pengurusan dan Professional dan juga Kumpulan Pelaksana JAIS.

Ceramah ini merupakan slot dalam Kursus Modul Pengukuhan Governans, Integriti dan Antirasuah JAIS (MPGIA-JAIS) sebagai langkah memupuk tadbir urus yang baik dan memperkukuhkan kefahaman dan penghayatan prinsip-prinsip integriti, etika kerja serta kepentingan mengekalkan akauntabiliti dalam melaksanakan tugas dalam di JAIS.

Ceramah telah disampaikan oleh Encik Abdul Rahman bin Abdullah, Konsultan Pusat Integriti Sektor Awam, IIM.

#InstitutIntegritiMalaysia
#KomitedMembudayakanIntegriti
Institut Integriti Malaysia
The Malaysian Institute Of Integrity2 days ago
𝐒𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐍𝐮𝐳𝐮𝐥 𝐀𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧

𝟏𝟕 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧 𝟏𝟒𝟒𝟔𝐇 | 𝟏𝟖 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟓

“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu serta membezakan di antara yang haq dan batil.” [Al-Baqarah: 185]

Sempena hari penuh keberkatan ini, marilah kita mendekatkan diri dengan Al-Quran, menghayati maknanya, dan menjadikannya panduan dalam setiap aspek kehidupan.

Ikhlas daripada,
Tuan Haji Rahman bin Mohd Din dan seluruh warga Institut Integriti Malaysia

#SalamNuzulQuran
#InstitutIntegritiMalaysia

Notis & Pemakluman

Multiple Choice Products

Products in the Malaysian Institute of Integrity

The Training module of Section 17A of the MACC Act 2009 and Procedures Sufficient

Integrity Assessment Tool (IAT)

Ethics and Integrity Training Programme (E&I)

Course module Comprehensive System Integrity of Corporate Malaysia (CISM)

Pembangunan Integriti Bersama Komuniti

Do The Right Thing (DTRT)

Individual Integrity Profile (IIP)

The Organizational Anti-Corruption Plan (OACP)

Module Integrity Enforcement (MIP)

Kursus Penilaian Risiko Rasuah (CRA)

Anti-Bribery Management System (ABMS)

Social Media

TODAY'S TOTAL : 10
NUMBER OF VISITORS : 271741

Recognition

Contact

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 20 March 2025

Skip to content