Mesyuarat kolaborasi bersama University of Southampton Malaysia (Southampton Malaysia)

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan satu mesyuarat kolaborasi bersama University of Southampton Malaysia (Southampton Malaysia) secara maya pada 25 Mac 2024. Southampton Malaysia telah diwakili oleh Prof Dr. Mohd Nazri, Chief Academic Officer.

Hasrat utama mesyuarat ini diadakan adalah untuk menjalinkan kerjasama strategik dengan pihak Southampton Malaysia khususnya melibatkan pelajar/mahasiswa dan staf Southampton Malaysia.

Antara lain, IIM juga turut menyatakan hasrat untuk mengadakan program kolaborasi mendukung aspek pembangunan integriti insan dan budaya serta Environment, Social dan Governance (ESG). Southampton Malaysia amat berbesar hati dengan cadangan kerjasama tersebut dan menyambut baik hasrat IIM untuk menyuntik agenda integriti dan tata kelola dalam kalangan pelajar dan staf.

IIM telah diwakili oleh Puan Alida binti Mahmod, Timbalan Pengarah Pusat Pembangunan Integriti Insan dan Budaya dan Pegawai-pegawai kanan PPIIB.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Latest News

  • All Post
  • News

Social Media

TODAY'S TOTAL : 5
NUMBER OF VISITORS : 162434

Recognition

Contact

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 28 May 2024

Skip to content