Official Portal

THE MALAYSIAN INSTITUTE OF INTEGRITY

Calendar

Facebook Feeds

Institut Integriti Malaysia
The Malaysian Institute Of Integrity14 hours ago
Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan Bengkel Penilaian Risiko Rasuah dan Analisis Data bagi Pembangunan Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) TV AlHijrah pada 5-7 Mei 2025.

Sesi ini dihadiri oleh Tuan Haji Namanzee Bin Harris (Ketua Pegawai Eksekutif), Puan Nadzariah Binti Mohamed (Ketua Pegawai Operasi), Saifulizan Bin Sidek (Pengurus Kanan Kumpulan Integrasi Media & Hal Ehwal Korporat) dan 10 orang Pengurus Jabatan/Pejabat/Unit serta 20 orang Jawatankuasa OACP yang telah dilantik.

Sesi Bengkel yang berlangsung selama 3 hari ini telah menerangkan Methodologi Penilaian Risiko Rasuah kepada semua peserta. Peserta juga telah menganalisis data berkaitan isu-isu berkaitan risiko rasuah, integriti dan tadbir urus serta mengenalpasti dan menganalisa risiko tersebut.

Sesi ini telah dikendalikan oleh Puan Nurul Shafinas Mohd Daud dan Puan Wan Nabilah Meor Mohd Jamil, Konsultan Pusat Integriti Sektor Perniagaan.
Institut Integriti Malaysia
The Malaysian Institute Of Integrity14 hours ago
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM), YBrs. Tn Hj Rahman bin Mohd Din telah mengadakan sesi kunjungan hormat ke atas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), YBhg. Dato’ Azmi Kamaruzaman pada 8 Mei 2025.

Pertemuan ini merupakan satu langkah proaktif dalam memperkukuhkan jalinan kerjasama strategik antara IIM dan SPRM bagi memperkasakan agenda integriti, tatakelola yang baik dan pencegahan rasuah di Malaysia. Kerjasama strategik ini meliputi penyelarasan aktiviti-aktiviti integrity, tatakelola dan pencegahan rasuah antara IIM dan SPRM supaya tidak berlaku pertindihan selain memantapkan pengukuhan strategi secara bersama serta berkongsi maklumat untuk merangka pelbagai strategi pada masa hadapan.

Kunjungan hormat tersebut memperlihatkan komitmen IIM dan SPRM dalam membangunkan Strategi Pembudayaan Integriti Nasional (NIES) yang akan dilancarkan pada bulan November 2025 nanti bagi mengantikan Pelan Integriti Nasional (PIN).

Semoga kerjasama erat ini dapat terus diperkukuh demi Malaysia yang lebih berintegriti dan bebas rasuah!
Institut Integriti Malaysia
The Malaysian Institute Of Integrity14 hours ago
Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan Kursus Modul Integriti Kepimpinan Masyarakat (MIKM) Tahap 1, Siri 16 Bil.4/2025 dan Tahap 2 Siri 5 Bil.4/2025 pada 6 hingga 8 Mei 2025 bertempat di Dewan Sentral Sarikei, Sarawak.

Majlis perasmian kursus bagi siri ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Len Talif Salleh, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang. Turut hadir pada majlis ini ialah YB Datoʼ Murshid Diraja Dr. Juanda Jaya, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman).

Seramai 125 orang peserta terdiri daripada Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) dari Daerah Tanjung Manis yang mewakili Bahagian Mukah dan Daerah Sarikei yang mewakili Bahagian Sarikei telah menghadiri kursus ini yang dilaksanakan selama tiga hari.

Kursus MIKM yang dilaksanakan khusus kepada KMKK di Sarawak bermula sejak tahun 2023 ini bertujuan untuk memperkasakan pembudayaan integriti dalam kalangan KMKK, terutamanya dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin akar umbi di kawasan masing-masing. Selain itu, kursus ini juga bermatlamat untuk meningkatkan keupayaan kepimpinan KMKK berteraskan nilai dengan menjadikan KMKK sebagai ikon integriti yang mampu mempengaruhi masyarakat ke arah budaya beretika dan amanah.

Inisiatif kursus yang bersifat praktikal dan interaktif ini adalah hasil kerjasama strategik antara Institut Integriti Malaysia (IIM) serta Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS) selaras dengan hasrat memperkukuh keutuhan pentadbiran dan tadbir urus komuniti di peringkat akar umbi.

Kursus ini telah disampaikan oleh Encik Noranizam Nordin, Encik Muhammad Afiq Zharfan dan Encik Fazly Noordin, Konsultan dari Pusat Pembangunan Integriti Komuniti (PPIK).

Notis & Pemakluman

Multiple Choice Products

Products in the Malaysian Institute of Integrity

The Training module of Section 17A of the MACC Act 2009 and Procedures Sufficient

Integrity Assessment Tool (IAT)

Ethics and Integrity Training Programme (E&I)

Course module Comprehensive System Integrity of Corporate Malaysia (CISM)

Pembangunan Integriti Bersama Komuniti

Do The Right Thing (DTRT)

Individual Integrity Profile (IIP)

The Organizational Anti-Corruption Plan (OACP)

Module Integrity Enforcement (MIP)

Kursus Penilaian Risiko Rasuah (CRA)

Anti-Bribery Management System (ABMS)

Social Media

TODAY'S TOTAL : 9
NUMBER OF VISITORS : 283913

Recognition

Contact

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 10 May 2025

Skip to content