Official Portal

THE MALAYSIAN INSTITUTE OF INTEGRITY

Calendar

Facebook Feeds

Institut Integriti Malaysia
The Malaysian Institute Of Integrity21 hours ago
Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan Bengkel Semakan Inisiatif, Penilaian Risiko Rasuah (CRA) & Analisa Data OACP bagi Jabatan Digital Negara (JDN) pada 13 hingga 15 Mei 2025. Bengkel yang diadakan di Bilik Amethyst, Institut Semarak Felda, Bangi.

Objektif bengkel ini adalah untuk semakan ke atas inisiatif OACP sebelum ini selain memberi pemahaman yang jelas mengenai pelaksanaan dan pemantauan Corruption Risk Assessment (CRA) dalam penyediaan Strategi Anti-Rasuah Organisasi yang lebih sistematik selain untuk mewujudkan tata kelola yang terbaik dalam konteks pengurusan risiko bagi sesebuah organisasi melalui pencegahan ketirisan aspek integriti, tadbir urus dan rasuah.

Sesi ini telah dikendalikan oleh Encik Khairul Azmir bin Mohd Paiz dan Cik Nur Atia Shahirah Binti Mustapha, Konsultan Institut Integriti Malaysia.
Institut Integriti Malaysia
The Malaysian Institute Of Integrity21 hours ago
Institut Integriti Malaysia (IIM) telah selesai melaksanakan Bengkel Pemurnian Strategi Pembanterasan Rasuah Imigresen (IACS) bagi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) pada 7 – 8 Mei 2025. Bengkel yang diadakan di Pusat Latihan, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor, Kompleks KDN Setia Tropika, Johor Bahru ini telah dihadiri oleh peserta yang terdiri daripada wakil pegawai-pegawai Jabatan Imigresen Malaysia dari seluruh Malaysia. Turut hadir pada sesi ini Ybrs. Tuan Hishamuddin bin Mohd Isa, Ketua Bahagian Integriti JIM.

Bengkel ini bertujuan untuk memurnikan daftar risiko dan merangka draf buku OACP bagi Jabatan Imigresen Malaysia.

Bengkel ini telah dikendalikan oleh Encik Abdul Rahman bin Abdullah dan Encik Nur Imran Mohd Shaili, Konsultan Pusat Integriti Sektor Awam, IIM.
Institut Integriti Malaysia
The Malaysian Institute Of Integrity21 hours ago
Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menerima menyampaikan ceramah bertajuk “Tuntutan Palsu adakah satu jenayah rasuah?” bersempena Kursus Tadbir Urus Pengurusan Kewangan Kerajaan Yang Berintegriti anjuran Bahagian Kewangan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 8 Mei 2025. Sesi ceramah ini telah dihadiri seramai 48 orang pegawai-pegawai dari Bahagian Kewangan, KKM.

Objektif ceramah ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman pegawai-pegawai Bahagian Kewangan KKM mengenai kepentingan integriti dalam melaksanakan tugas serta implikasi daripada perbuatan tuntutan palsu. Ceramah ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan tentang tindakan tatatertib dan perundangan yang boleh dikenakan ke atas individu yang terlibat dalam penipuan tuntutan, sekali gus menyemai budaya kerja berintegriti dalam organisasi.

Ceramah ini telah disampaikan oleh Puan Munah Abdul Aziz, Konsultan Pusat Integriti Sektor Awam, IIM.

Notis & Pemakluman

Multiple Choice Products

Products in the Malaysian Institute of Integrity

The Training module of Section 17A of the MACC Act 2009 and Procedures Sufficient

Integrity Assessment Tool (IAT)

Ethics and Integrity Training Programme (E&I)

Course module Comprehensive System Integrity of Corporate Malaysia (CISM)

Pembangunan Integriti Bersama Komuniti

Do The Right Thing (DTRT)

Individual Integrity Profile (IIP)

The Organizational Anti-Corruption Plan (OACP)

Module Integrity Enforcement (MIP)

Kursus Penilaian Risiko Rasuah (CRA)

Anti-Bribery Management System (ABMS)

Social Media

TODAY'S TOTAL : 183
NUMBER OF VISITORS : 285129

Recognition

Contact

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 15 May 2025

Skip to content