YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menghadiri Perhimpunan Bulanan warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bersama YAB Perdana Menteri di Dataran Perdana Putra, Putrajaya pada 16 Ogos 2022.

Pada perjumpaan tersebut yang julung kali diadakan selepas Negara memasuki fasa Endemik, YAB Perdana Menteri telah menyampaikan amanat beliau kepada seluruh warga JPM. Antara lain, beliau menekankan pentingnya agar para penjawat awam menyegerakan segala perancangan dan bekerja sebagai sebuah keluarga besar supaya setiap penyampaian perkhidmatan kepada Keluarga Malaysia dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan pantas.

Perhimpunan ini turut dihadiri barisan Menteri-menteri dan Timbalan-timbalan Menteri di bawah JPM termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), YBhg Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar; YBhg Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara (KSN); YBhg. Dato’ Sri Mohd Shafiq bin Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) dan barisan pengurusan atasan serta pegawai Pentadbiran Am, JPM, termasuk wakil-wakil penjawat awam daripada setiap jabatan/agensi di bawah JPM.