{:my}cas_july_2016Pada 27 Julai lalu telah berlangsung satu program
perkongsian ilmu, Bual Bicara Integriti bertajuk ‘Menelusuri
Sejarah Permulaan Penubuhan Institut Integriti Malaysia
(INTEGRITI) dan Pelan Integriti Nasional (PIN): Wadah dan Gagasan
Membudayakan Integriti Masyarakat Malaysia’ di Auditorium Integriti.

Sesuai dengan tajuk bual bicara, program ini menampilkan tiga
orang tokoh istimewa iaitu Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (KWSP) dan mantan Ketua Setiausaha Negara yang juga
mantan Pengerusi Lembaga Pengarah INTEGRITI yang pertama,
Tan Sri Samsudin Osman; Felo utama Institut Kajian Malaysia dan
Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang juga Felo
Utama INTEGRITI, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Abdul Rahman Embong;
dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang juga merupakan mantan
Timbalan Presiden INTEGRITI, Dato’ Sri Hj. Mustafar Hj. Ali. Ketigatiga
tokoh ini merupakan antara individu penting yang terlibat secara
langsung dalam penggubalan PIN serta penubuhan INTEGRITI Turut
hadir dalam program ini ialah mantan Perdana Menteri, YABhg. Tun
Abdullah Hj. Ahmad Badawi.

fgdfgTidak lokek berkongsi pengalaman, Tan Sri Samsudin berkata,
sejarah awal PIN dan INTEGRITI bermula dalam Jawatankuasa
Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan (JKKMKPK)
pada tahun 2001. Ketika itu, pengerusinya, YABhg. Tun Abdullah
telah mengarahkan agar kajian ‘Persepsi Awam Terhadap Rasuah di
Malaysia’ dijalankan pada tahun 2002.

Laporan kajian tersebut antara lain memperakukan akan
keperluan diwujudkan sebuah pelan integriti yang holistik bagi
menangani isu integriti yang berlaku dalam kalangan rakyat
Malaysia di samping penubuhan institusi khas yang berperanan
mengkoordinasi pelaksanaan pelan berkenaan. Berikutan laporan
itu, YABhg. Tun Abdullah telah mengumumkan penggubalan PIN dan
penubuhan INTEGRITI dalam sidang akhbarnya selepas Mesyuarat
Jemaah Menteri pertama selaku Perdana Menteri pada 5 November
2003 dengan Tan Sri Samsudin dilantik menjadi Pengerusi Lembaga
Pengarah INTEGRITI yang pertama.

Sementara itu, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Abdul Rahman
memberitahu, kandungan laporan tersebut turut mendedahkan
bahawa terdapat sebanyak 30 peratus mahasiswa sanggup
menerima rasuah jika mereka mempunyai kuasa dan peluang untuk
melakukannya. Meskipun begitu, sepanjang 10 tahun INTEGRITI
ditubuhkan, beliau menegaskan bahawa pelbagai inisiatif dan usaha
telah dilaksanakan bagi mengangkat kelangsungan pemerkasaan
agenda integriti nasional. Malahan, INTEGRITI dengan kerjasama
SPRM juga berkongsi visi dan misi iaitu memerangi penyelewengan,
salah guna kuasa dan jenayah rasuah dalam kalangan rakyat
Malaysia.

Ujar Dato’ Sri Haji Mustafar, ramai tenaga pakar daripada pelbagai
agensi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan, ahli akademik
dan pemimpin masyarakat memberikan sumbangan idea ke arah
pembentukan Pelan Tindakan PIN.

Akui beliau, usaha untuk mentransformasikan sikap masyarakat
agar melihat integriti sebagai suatu yang penting khususnya
sebagai jati diri bukanlah suatu yang mudah kerana kebanyakan
mereka sudah terbiasa dengan amalan sedia ada. Justeru, beliau
menyarankan agar rasuah dimasukkan sebagai sebahagian daripada
sukatan pelajaran dalam buku teks di sekolah supaya pendidikan
berkaitan rasuah dapat dilakukan sedari awal. Pada masa yang
sama, isu sistem penyampaian awam juga perlu diperingkatkan bagi
mengelakkan penjawat awam dan masyarakat daripada saling
menerima dan memberi rasuah.

Selain itu, Dato’ Sri Haji Mustafar turut menasihatkan INTEGRITI
agar sentiasa melakukan semakan semula PIN, khususnya daripada
aspek pencegahan rasuah, pendidikan dan lain-lain amalan baik
berkenaan integriti. Ini penting bagi memastikan masyarakat
sentiasa terdedah dengan perkembangan terbaru amalan integriti.
Program Bual Bicara ini turut menjadi lebih bermakna dengan
acara pelancaran buku yang berjudul ‘A National Integrity System’
oleh YBhg. Tun Abdullah. Buku terbitan INTEGRITI ini berkisarkan
tentang Sistem Integriti Nasional yang diperlukan untuk menyediakan
rangka kerja yang bersifat menyeluruh, sekali gus boleh rujukan
yang berguna.

Kesempatan yang ada juga digunakan oleh INTEGRITI
untuk menghadiahkan cenderamata kepada Tan Sri Abu Kassim
Mohamed yang bakal menamatkan perkhidmatannya sebagai
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) dah Ahli Lembaga Pengarah INTEGRITI pada penghujung
Julai 2016. Ia merupakan tanda penghargaan terhadap segala jasa
beliau selama ini kepada INTEGRITI.{:}{:en}cas_july_2016

The session was held on 27 of July, reminiscing on the early history of the Malaysian Institute of Integrity. This was a very special occasion due to the presence of Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi, and also Tan Sri Samsudin Osman, former Chairman of the INTEGRITI Board of Directors.

Participants had the opportunity to hear the experiences of three individuals who were directly involved during the initial preparation and the final establishment of the National Integrity Plan; Tan Sri Samsudin Osman, Prof. Emeritus Dato ‘Dr. Abdul Rahman Embong, who at the time was a member of the research team that conducted the study of perceived corruption in Malaysia which was later also among the consultants for the National Integrity Plan, and Dato ‘Sri Hj. Mustafar Ali.

fgdfg

During the event, the ‘A National Integrity System’ book was also launched by non-other than Tun Abdullah himself. The book centres on integrity issues based on the National Integrity Plan with overarching framework which can be useful as reference.

A souvenir was also presented to Tan Sri Abu Kassim Mohamed, who will end his service as Chief Commissioner of the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) and as the INTEGRITI Board of Directors (BOD) in July. It is a sign of respect for all his services throughout his years as one of the INTEGRITI BOD.

 {:}