SALURAN WHISTLEBLOWING INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA (IIM)
INTEGRITI ADALAH TANGGUNGJAWAB SEMUA!
Selari dengan nilai teras IIM iaitu INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN DAN PROFESIONAL, IIM sentiasa mengalu-alukan mana-mana individu (dalaman atau luaran) untuk tampil melaporkan salah guna kuasa, kelakuan tidak beretika atau perbuatan yang melanggar undang-undang yang melibatkan pengurusan atau pegawai IIM.
APA yang anda boleh laporkan?
Sebarang penyelewengan dan kelakuan tidak beretika adalah termasuk tetapi TIDAK terhad kepada perkara berikut:
- Penipuan
- Rasuah
- Salah guna kuasa
- Konflik kepentingan
- Kecuaian tanggungjawab
- Salah guna harta/ aset majikan
- Ketidakpatuhan terhadap polisi dan prosedur
- Gangguan seksual
- Pelanggaran terma dan syarat pekerjaan
- Sebarang penyelewengan lain yang serupa
atau berkaitan
BAGAIMANA?
Pendedahan maklumat boleh disampaikan kepada alamat seperti berikut:
Saluran Whistleblowing Institut Integriti Malaysia, Menara Integriti, Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, Off Jalan Tunku Abdul Halim, 50480 Kuala Lumpur. |
Emel |
Bagi melancarkan proses siasatan, pendedahan harus mengandungi maklumat berikut:
- Penerangan mengenai salah laku tersebut;
- Tarikh dan lokasi kejadian;
- Identiti pelaku kesalahan;
- Maklumat saksi (jika ada);
- Bukti dan/ atau dokumen sokongan;
- Butiran lain yang dianggap berguna untuk memudahkan pemeriksaan dan tindakan yang akan dilakukan; dan
- Butiran pemberi maklumat iaitu nama, nombor telefon, alamat dan emel
IIM komited untuk memastikan bahawa semua maklumat yang disalurkan, termasuk identiti pemberi maklumat akan dilindungi dan diselia dengan kerahsiaan yang ketat.