{:my}Berapa kali anda menekan butang snooze setiap pagi? Sekali? Dua kali? Atau tiada langsung?
Jika jawapan anda adalah tiada langsung, tahniah!; kerana anda suka apa yang anda lakukan. Namun, untuk mereka yang tidak begitu bernasib baik, Juarez Salih Lowe mempunyai beberapa perkara yang ingin dikongsikan bersama.
Melakukan perkara-perkara hanya kerana anda perlu, bukanlah alasan untuk hidup. Apa yang anda perlukan adalah semangat “Ikigei”, satu konsep Jepun yang bermaksud ‘a reason for being’.
Juarez Salih Lowe ialah Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Juarezlowe Corporate Consultants. Dalam sesi perkongsian beliau yang bertemakan ” What it takes to be a consultant: The Do’s and Don’ts” pada 29hb Mei di INTEGRITI, Juarez berkongsi 6 tips bagaimana untuk untuk mencapai profesionalisme dalam apa jua yang kita lakukan:
- Buat apa yang kita suka – ini akan mendatangkan sifat ikhlas dalam melaksanakan tugasan seharian
- Sentiasa mendengar – dengar dengan teliti dan jangan terburu – buru dalam membantah atau membuat keputusan
- Bersikap profesional
- Tepat pada masanya
- Penyelesaian tertumpu – pastikan setiap masalah diselesaikan secara khusus dan jika boleh, dapatkan bantuan mereka yang lebih pakar
- Jangan berhenti belajar
Walaupun singkat, sesi tersebut cukup bermakna dalam membuka mata dan fikiran setiap peserta agar lebih bersikap optimistik dalam setiap apa yang dilakukan.
The session was led by En Juarez Salih Lowe, CEO and Founder of Juarezlowe Corporate Consultants. In his presentation, he shared six fair points in the how-to’s of achieving professionalism in our occupation:
- Do what you love
- Listen
- Be professional
- Be on time
- Solution focused
- Never stop learning
The short but meaningful session ended with Q&A and a photo op with the participants.