Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menyampaikan ceramah webinar kepada warga kerja Boustead Holdings Berhad bertajuk “Pengurusan Integriti” pada 27 Oktober 2022.

Sesi ceramah ini terbahagi kepada dua sesi di mana pada sesi pagi melibatkan seramai 178 peserta manakala pada sesi petang seramai 157 peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai kumpulan sokongan, eksekutif dan pengurusan Syarikat Boustead.

Objektif webinar ini adalah supaya warga Boustead memahami prinsip dan konsep asas pengurusan integriti, tadbir urus terbaik organisasi serta budaya etika kerja dalam setiap tugasan yang diamanahkan bagi kecemerlangan organisasi secara keseluruhan.

Sesungguhnya tadbir urus yang baik memberi kesan kepada reputasi serta prestasi sesebuah organisasi.

Sesi ini telah disampaikan oleh Konsultan Kanan IIM, Seksyen Advokasi dan Latihan, Puan Zarina Mohamad Amin.