Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menerima jemputan menyampaikan webinar bertajuk “Pemberian dan Penerimaan Hadiah” anjuran Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada 20 Januari 2023.
Sesi tersebut telah berlangsung secara dalam talian dan dihadiri seramai 110 orang terdiri daripada pensyarah-pensyarah dan warga kerja UPNM.
Webinar ini bertujuan untuk memberi maklumat berkenaan garis panduan pemberian dan penerimaan hadiah di samping meningkatkan kesedaran dan akauntabiliti dalam kalangan warga UPNM.
Ceramah telah disampaikan oleh Konsultan Kanan IIM, Puan Zarina Mohamad Amin dari Seksyen Advokasi dan Latihan IIM.
…
The Malaysian Institute of Integrity (IIM) was invited to take part in a webinar entitled “Giving and Receiving Gifts” organised by the National Defense University of Malaysia (UPNM) on 20 January 2023.
The session was held online and attended by 110 participants, comprising of UPNM lecturers and employees.
The webinar aims to disseminate information about guidelines on gift-giving and gift-receiving as well as raising the awareness and accountability among UPNM workforce.
The talk was delivered by Puan Zarina Mohamad Amin, IIM Senior Consultant from the Advocacy and Training Section IIM.

