YBhg. Datuk KPE telah menghadiri program “Wacana Membangun Malaysia Madani” bertempat di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 19 Januari 2023.

Program dimulakan dengan sesi wacana yang membincangkan tentang konsep dan falsafah negara madani. Turut dikupas adalah enam rukun MADANI iaitu keMampanan, kesejAhteraan, Daya cipta, hormAt,keyakiNan dan Ihsan.

Seterusnya, YAB Perdana Menteri di dalam amanatnya telah menggariskan empat teras strategik gagasan Malaysia Madani yang merangkumi pembinaan semula ekonomi, kesejahteraan insan, reformasi institusi demokrasi dan perundangan serta mewujudkan pentadbiran beramanah.

Program ini turut menyaksikan pelancaran buku karya YAB Perdana Menteri, “Membangun Negara Madani” yang menjelaskan falsafah dan konsep pembinaan Malaysia Madani yang dipelopori sejak tahun 1990an sehingga kini.