Dukacita dimaklumkan, bekas presiden IIM (2007-2014), Allahyarham Datuk Dr. Mohd Tap Bin Salleh telah menghembuskan nafas terakhirnya jam 5.15 petang tadi.

Firman Allah SWT: (كُلُّ نَفۡسࣲ ذَاۤىِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوۡنَ أُجُورَكُمۡ یَوۡمَ ٱلۡقِیَـٰمَةِۖ فَمَن زُحۡزِحَ عَنِ ٱلنَّارِ وَأُدۡخِلَ ٱلۡجَنَّةَ فَقَدۡ فَازَۗ وَمَا ٱلۡحَیَوٰةُ ٱلدُّنۡیَاۤ إِلَّا مَتَـٰعُ ٱلۡغُرُورِ)

Maksudnya: “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”

[Surah Ali-Imran: Ayat 185]

Sama-sama kita doakan semoga roh Allahyarham mendapat rahmat dan ditempatkan bersama para solihin serta termasuk dalam kalangan orang yang beriman.

Seluruh warga kerja IIM mengucapkan takziah.

Al-Fatihah.