Institut Integriti Malaysia (IIM) telah selesai menyampaikan taklimat integriti bertajuk “Mewujudkan Organisasi Berintegriti” secara maya bersama pegawai-pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) pada 5 Julai 2022.
Taklimat yang dihadiri seramai 74 orang peserta ini merupakan salah satu slot bagi kursus Pembangunan Individu dan Organisasi Berintegriti (PIOB) anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam.
Antara pengisian taklimat termasuklah mengenai peri pentingnya integriti dalam penyampaian perkhidmatan awam, selain peserta turut didedahkan dengan contoh-contoh kes pelanggaran integriti dan juga pemahaman terhadap langkah-langkah yang perlu diambil bagi membudayakan integriti dalam organisasi.
