{:my}10,000 langkah riadah sihat bersama keluarga merupakan objektif utama “Family INTEGRITI Walk” bersempena dengan Karnival Sihat Selangor 2016 di Ampang Jaya. Program ini merupakan anjuran Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan Exco Kesihatan Negeri Selangor bertempat di Kompleks Muhibbah Taman Nirwana, Ampang.

Pebagai aktiviti menarik dijalankan sepanjang karnival tersebut.  Selain aktiviti utama iaitu berjalan 10,000 langkah, terdapat juga aktiviti lain seperti kayuhan basikal, taklimat kesihatan, story telling Integriti di mana institut Integriti Malaysia memperkenalkan maskot ikon INTEGRITI untuk kanak-kanak pra sekolah. Pertandingan keluarga ceria juga diadakan sepanjang karnival tersebut dimana keluarga paling ceria turut menerima hadiah daripada pihak penganjur.

Penganjuran Family INTEGRITI Walk ini dilihat dapat mengukuhkan hubungan antara ahli keluarga melalui penglibatan secara kerjasama dalam aktiviti beriadah. Ianya juga bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penting hubungan kekeluargaan yang erat serta pengamalan nilai-nilai murni dalam keluarga terutamanya ibu bapa yang kian sibuk dengan kerjaya untuk meluangkan sedikit masa bersama anak-anak.

Mengikut dapatan dari satu tinjauan, faktor kurang masa diluangkan bersama keluarga merupakan salah satu punca permasalahan dalam  keluarga. Dapatan ini diperolehi daripada tinjauan pendapat sempena Hari Bapa 2015 yang telah dijalankan serta maklumbalas mengenai Isu dan Cabaran Integriti daripada SUK Kedah, 22 September 2015.

Program seperti ini sangat sesuai untuk dilaksanakan dan perlu diperbanyakkan lagi.  Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) berharap agar lebih banyak agensi dan kumpulan masyarakat sivil yang akan memainkan peranan dengan lebih proaktif lagi dalam membantu usaha membudayakan integriti dalam masyarakat Malaysia.

.13814043_1097687480328691_340289082284148994_n 13901576_1097687396995366_7662032983333508747_n 13907020_1097688290328610_5810646490673260311_n 13907129_1097687473662025_9116792652657312523_n 13912309_1097688473661925_3810122322731442683_n 13912483_1097689513661821_3012061402488310630_n 13920704_1097688463661926_3493383986562097127_n 13920875_1097687303662042_6634271005544210421_n 13934632_1097689300328509_8953895420523252629_n 13934721_1097687403662032_5251838967865056394_n 13934721_1097688296995276_3033016765358020675_n 13962529_1097688530328586_9114697220629787917_n 13962567_1097687310328708_8691816539630700276_n 13962575_1097689260328513_5522016849325391086_n 14021447_1097689313661841_386449948490767837_n 14021714_1097687393662033_5714107177701995201_n 14022359_1097689466995159_5411031255788678979_n 14034848_1097687316995374_7141605582652496917_n 14039904_1097689293661843_1341309977523738805_n 14045862_1097688453661927_1190569585971617172_n 14067610_1097688360328603_8560297907350977321_n{:}{:en}10,000 steps towards a healthy leisure with the family is the main objective of ” INTEGRITI Family Walk” in conjunction with the Health Carnival 2016 in Shah Alam, Selangor. The program was organised by the Malaysian Institute of Integrity (INTEGRITI) in collaboration with the Ampang Jaya Municipal Council and the Selangor State Executive Councillor for Health located at Kompleks Muhibbah Taman Nirwana, Ampang.

A variety of activities were carried out during the carnival in addition to the main activity of walking 10,000 steps, there are also other activities such as cycling, health talks, storytelling session where we introduced the mascot for preschool education module, SAM.

We hope that more agencies and civil society groups will play a more proactive role with one another in the efforts to cultivate integrity in the Malaysian society.

 

.13814043_1097687480328691_340289082284148994_n 13901576_1097687396995366_7662032983333508747_n 13907020_1097688290328610_5810646490673260311_n 13907129_1097687473662025_9116792652657312523_n 13912309_1097688473661925_3810122322731442683_n 13912483_1097689513661821_3012061402488310630_n 13920704_1097688463661926_3493383986562097127_n 13920875_1097687303662042_6634271005544210421_n 13934632_1097689300328509_8953895420523252629_n 13934721_1097687403662032_5251838967865056394_n 13934721_1097688296995276_3033016765358020675_n 13962529_1097688530328586_9114697220629787917_n 13962567_1097687310328708_8691816539630700276_n 13962575_1097689260328513_5522016849325391086_n 14021447_1097689313661841_386449948490767837_n 14021714_1097687393662033_5714107177701995201_n 14022359_1097689466995159_5411031255788678979_n 14034848_1097687316995374_7141605582652496917_n 14039904_1097689293661843_1341309977523738805_n 14045862_1097688453661927_1190569585971617172_n 14067610_1097688360328603_8560297907350977321_n{:}