Institut Integriti Malaysia (IIM) telah selesai menyampaikan Taklimat Sistem Pengurusan Antirasuah MS ISO 37001:2016 (ABMS) kepada wakil pengurusan Majlis Bandaraya Miri pada 5 September 2022.
Seramai 18 orang wakil dari setiap bahagian/unit pengurusan Majlis Bandaraya Miri telah hadir dalam sesi yang dijalankan secara atas talian oleh Konsultan IIM, Pn. Nurul Shafinas Mohd Daud.

