Institut Integriti Malaysia (IIM) telah selesai menyampaikan taklimat secara maya berkaitan ujian psikometrik di bawah program Profil Integriti Individu (IIP) kepada 21 orang wakil pengurusan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) pada 12 September 2022.
Inisiatif pelaksanaan ujian IIP ini merupakan usaha pihak MBSJ bagi pemantapan nilai integriti di kalangan kakitangannya dan seterusnya melahirkan pekerja yang berintegriti tinggi serta mampu menangkis ancaman berkaitan integriti dan tadbir urus terutamanya pada jawatan berisiko tinggi.
