Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menyampaikan taklimat secara dalam talian mengenai Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2023 kepada jabatan dan agensi di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka pada 1 Mac 2023.

Seramai 53 peserta daripada 30 jabatan dan agensi telah menyertai sesi taklimat yang disampaikan oleh Puan Nurdiana binti Shahrudin, Pegawai Seksyen Audit Dalam dan Governans, IIM.

Pendaftaran penyertaan untuk AIGA 2023 telah pun dibuka mulai 18 Januari 2023 dan akan ditutup pada 31 Mac 2023.