Institut Integriti Malaysia (IIM) telah selesai menyampaikan taklimat berkenaan Program Pembangunan Integriti Bersama Komuniti (CIB) kepada kakitangan pihak Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Sarawak pada 12 Ogos 2022.

Sesi taklimat ini melibatkan 26 PBT di bawah seliaan KPKT di Sarawak. Sehingga kini, program rintis CIB di bawah seliaan KPKT melibatkan 3 PBT iaitu Majlis Daerah Limbang (MDL), Majlis Perbandaran Sibu (MPS) dan Majlis Dareah Matu-Daro.

Seramai 67 peserta terdiri daripada pegawai KPKT dan pegawai PBT telah menyertai sesi taklimat yang diadakan secara atas talian dan bersemuka.

Taklimat Program CIB ini telah disampaikan oleh Pengurus Besar Kanan Bahagian Operasi IIM, Tn Hj Hamilye Sham Harun.