Taklimat Penilaian Risiko Rasuah (CRA) Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) dan Pembangunan Konteks Organisasi bagi 16 Agensi di bawah Jabatan Ketua Menteri Sabah telah diadakan pada 12 Januari 2023 secara dalam talian.

Para peserta telah diberikan pendedahan serta kesedaran berkaitan OACP serta kaedah mengenal pasti konteks organisasi dengan berpandukan faktor luaran, dalaman serta keperluan/ kehendak pemegang taruh agensi masing-masing.

Seramai 86 orang peserta telah menghadiri sesi ini yang terdiri daripada Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan 16 agensi berkenaan serta 11 orang pegawai Sekretariat daripada Jabatan Ketua Menteri Sabah.

Sesi ini telah dikendalikan oleh Puan Nurul Shafinas Mohd Daud dan dibantu oleh lima konsultan IIM yang lain dari Seksyen Pengurusan Integriti IIM.