Institut Integriti Malaysia (IIM) telah selesai menyampaikan taklimat Penilaian Risiko Rasuah (CRA) kepada 68 orang peserta dari Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) di Ibu Pejabat NAFAS, Petaling Jaya pada 1 Julai 2022.

Peserta terdiri daripada wakil-wakil Jabatan dan Subsidiari di bawah NAFAS.

Sesi taklimat ini telah disampaikan oleh dua orang konsultan IIM iaitu Pn. Nurul Shafinas Mohd Daud dan Pn. Maisyarah Mansoruddin.