Satu sesi Taklimat Penilaian Risiko Rasuah (CRA) dan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) serta Bengkel Penilaian Risiko dan Analisis Data telah diadakan kepada pengurusan Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT) pada 12-15 Disember 2022 bertempat di Pejabat LAUT.

Sesi Taklimat dan Bengkel ini telah disertai oleh 20 orang peserta yang terdiri daripada ketua dan kakitangan dari Bahagian Pembangunan, Penguatkuasaan, Kewangan, Perundangan serta Khidmat Pengurusan LAUT.

Sesi ini telah dikendalikan oleh Konsultan IIM, Pn. Nurul Shafinas Mohd Daud dan Pn. Wan Nabilah Meor Mohd Jamil.