IIM telah menyampaikan Taklimat Pengenalan berkaitan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) kepada warga kerja Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia pada 14 Disember 2022.

Penganjuran taklimat ini bertujuan untuk memberikan kesedaran berkaitan pembangunan OACP di SEDA Malaysia yang dirancang akan bermula pada awal tahun hadapan.

Taklimat disampaikan oleh Encik Mohd Hafizdi Che Md Akhir, Ketua Seksyen Pengurusan Integriti IIM.