Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan latihan awam bagi Taklimat Pembangunan & Penggubalan CRA OACP kepada sembilan (9) orang wakil daripada pelbagai agensi seperti Majlis Perbandaran Port Dickson, Majlis Daerah Tangkak, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Nadi Cergas Sdn Bhd dan Mercu Inovasi pada 8 Disember 2022 bertempat di Dewan Etika, IIM.
Latihan ini dilaksanakan bagi memberikan gambaran jelas kepada para peserta serta wakil agensi mengenai langkah serta cara bagi membangun dan menggubal Pelan Antirasuah di peringkat organisasi masing-masing.
Taklimat ini telah disampaikan oleh Puan Nurul Fadzliyanie Mohd Razif dari Seksyen Pengurusan Integriti dengan dibantu oleh Encik Muhamad Khairul Aman Baharum dari Seksyen Perancangan

