Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan sesi Taklimat Pembangunan OACP secara dalam talian kepada wakil pengurusan Lembaga Koko Malaysia (LKM) pada 28 Oktober 2022.

Taklimat ini telah dihadiri oleh YBrs. Dr. Ramli Kasim, Ketua Pengarah LKM serta 17 orang wakil bahagian LKM. Tujuan utama sesi taklimat ini dilaksanakan ialah untuk memberi penerangan lengkap berkenaan OACP dan keperluan pembangunannya serta kaedah dan persediaan awal bagi pembangunan OACP tersebut.

Taklimat ini telah dikendalikan oleh konsultan IIM, Pn Shafinas Mohd Daud dan dibantu oleh En. Muhamad Khairul Azmir Mohd Paiz.