Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menyampaikan Taklimat Pembangunan dan Penggubalan Penilaian Risiko Rasuah (CRA) dan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) kepada Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) bertempat di Ibu Pejabat SAINS pada 15 Disember 2022.

Taklimat ini telah dihadiri seramai 15 orang ahli yang terdiri daripada Ketua Jabatan dan barisan wakil dari 7 daerah SAINS.

Penganjuran taklimat ini bertujuan bagi memberikan kesedaran dan makluman awal berkaitan pembangunan dan penggubalan CRA OACP yang dirancang akan bermula awal tahun hadapan.

Taklimat telah disampaikan oleh Puan Nurul Fadzliyanie binti Mohd Razif, konsultan Seksyen Pengurusan Integriti IIM dengan dibantu oleh Encik Abdul Rahman bin Abdullah.