Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menyampaikan Taklimat pembangunan dan penggubalan CRA dan OACP (hibrid) bagi Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK) pada 28 September 2022.
Seramai 28 orang wakil JPPKK telah hadir dalam taklimat tersebut yang terdiri daripada pengarah-pengarah bahagian, pengarah-pengarah Politeknik dan Kolej Komuniti serta timbalan-timbalan pengarah.
Taklimat penerangan berkaitan JPPKK dan fungsi agensi ini juga telah disampaikan oleh wakil JPPKK iaitu Puan Nooraniza dari Bahagian Dasar.
Konsultan IIM yang terlibat dalam sesi ini adalah Puan Nurul Fadzliyanie Mohd Razif dengan dibantu oleh Encik Mazwane Musa.

