Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan taklimat Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) kepada kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada 19 Ogos 2022.

Sesi taklimat ini telah dihadiri oleh wakil-wakil dari 21 Jabatan/Bahagian yang akan menerajui pembangunan OACP TNB.

Sesi ini dikendalikan oleh dua orang konsultan IIM iaitu En. Muhamad Khairul Azmir Mohd Paiz dan Pn. Nelly Mansin.