Institut Integriti Malaysia (IIM) telah selesai melaksanakan sesi taklimat mengenai Instrumen Penilaian Integriti Individu (IIP) kepada Unit Integriti Cradle Fund Berhad pada 30 Ogos 2022.
Sesi taklimat yang dijalankan secara atas talian ini bertujuan untuk memberi penerangan berkaitan struktur instrumen IIP serta kepentingan pelaksanaannya kepada Cradle Fund Berhad dan warga kerjanya.
Pada sesi taklimat ini juga, Cradle Fund Berhad telah menyatakan minat untuk melaksanakan IIP kepada 57 wakil dari pelbagai peringkat kumpulan pengurusan mengikut keperluan organisasi.
Sesi telah dikendalikan oleh Konsultan IIM iaitu Pn. Nelly Mansin.
