Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menyampaikan taklimat mengenai Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2023 kepada pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) pada 2 Mac 2023.
Sesi taklimat telah disampaikan oleh Puan Maisyarah binti Mansoruddin, Ketua Seksyen Audit Dalam dan Governans, IIM.
Pendaftaran penyertaan untuk AIGA 2023 telah dibuka mulai 18 Januari 2023 dan akan ditutup pada 31 Mac 2023.

