Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menyampaikan taklimat mengenai Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2023 kepada Integrity and Risk Management, TRX City Sdn. Bhd.

TRX City Sdn. Bhd. telah menyatakan hasrat untuk menyertai AIGA 2023 bagi menzahirkan komitmen kepada usaha pemantapan pengamalan budaya integriti dan tata kelola terbaik di dalam organisasi mereka.

Sesi taklimat telah disampaikan oleh Puan Maisyarah Mansoruddin, Ketua Seksyen Audit Dalam dan Governans IIM.

Pendaftaran penyertaan untuk AIGA 2023 telah pun dibuka mulai 18 Januari 2023 dan akan ditutup pada 31 Mac 2023.