Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan taklimat Kesedaran CRA OACP & Pembangunan Konteks Organisasi kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan 23 agensi/jabatan di bawah Kerajaan Negeri Kelantan pada 6 Oktober 2022.
Sesi taklimat yang dijalankan secara dalam talian ini telah dihadiri oleh 96 peserta yang terdiri daripada Yang Mulia Timbalan Setiausaha Kerajaan Kelantan (Pengurusan), Tuan Zainal Abidin Tuan Yusuf, YABrs. Pengarah Bahagian Integriti dan Tadbir Urus, Encik Wan Fahazil Wan Muhammad Jaffar, Ketua-ketua serta wakil-wakil bagi 23 Jabatan di bawah SUK Kelantan.
Sesi taklimat ini telah dikendalikan oleh 7 orang konsultan IIM yang diketuai oleh En Khairul Azmir Mohamad Paiz.


